Pada 24 Disember yang lalu,saya dan keluarga saya bercadang untuk pergi bercuti di suatu tempat yang menarik perhatian kami iaitu Bangkok di negara Thailand.
Percutian kami di sana mengambil masa selama 3 hari 2 malam bermula daripada 24 Disember hingga 27 Disember.Tujuan kami bercuti adalah untuk menyiapkan kerja sekolah saya yang tertangguh sebelum ini.
Baiklah,kami mula bertolak dari rumah ke lapangan terbang menaiki teksi dan terdapat banyak beg yang kami bawa.Setelah tiba di lapangan terbang,saya terus mengambil troli yang disediakan oleh pihak lapangan terbang ke teksi kami kerana kami tidak boleh membawa semua beg kami dengan sendiri.Selepas itu,kami pergi ke kaunter meletakkan bagasi yang besar kerana beg yang dibenarkan masuk ke dalam pesawat tidak boleh melebihi 7kg dan saiz beg itu juga tidak boleh terlalu besar.
Setelah kami selesai,kami pun meneruskan proses untuk memasuki ke dalam pesawat kami dan pesawat yang kami naiki adalah AirAsia.Suasana di lapangan terbang sangatlah sesak dan riuh-rendah dengan banyaknya orang yang seperti kami yang ingin pergi melancong.Setelah beberapa jam,kami memasuki ke dalam pesawat kami dan pesawat itu sudah mula ingin berlepas.Perjalanan dari Malaysia ke Thailand memakan masa selama 2 jam dan ini merupakan perjalanan yang tidak kurangnya jauh.Kami sekeluarga sangat penat jadi kami sekeluarga tido di dalam pesawat kerana berasa terlalu penat.
Setelah 2 jam berlalu,kami pun tiba di bumi Thailand iaitu di Lapangan Terbang mereka Suvarnabhumi airport.
Kemudian,kami menaiki teksi untuk ke hotel kami iaitu Bangkok City Hotel.Antara yang menarik di sini adalah hotel ini terletak di kawasan yang mana mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai.Suasana di negara ini sangatlah sesak hinggakan setiap lebuhraya mereka dipenuhi dengan kenderaan yang ingin ke pusat bandar.
Setelah kami tiba di hotel,kami terus meletakkan barang-barang kami di bilik kami lalu kami terus ke restoran halal yang terdapat di kawasan berhampiran.Kami berasa begitu lapar sekali kerana ini merupakan perjalanan yang sangat meletihkan.
Selepas selsai kami makan di restoran berdekatan,ayah saya bercadang untuk melawati di sebuah masjid yang berdekatan dengan restoran yang kami makan tadi.Masjid yang kami lawati itu sangatlah cantik namun kawasan masjid itu dibina sedikit ke dalam dan ini menyebabkan masjid itu sukar untuk dilihat.
Setelah selesai kami melawat masjid itu,kami pun pulang ke hotel kami untuk berehat kerana kami begitu penat sekali.Pada keesokannya,kami bercadang untuk ke pasar pagi ataupun dikenali sebagai pasar Sripachan.Terdapat banyak barang yang dijual di sini seperti kasut,baju,cenderahati dan sebagainya.Kami sangat rambang mata kerana kami ingin membeli semua yang ada di situ.
Selepas itu,kami pergi juga ke pasar yang sangat terkenal di Thailand iaitu "Floating Market" di mana pasar ini menjual barang-barang hanya di atas sampan atau bot dan ini sangat menarik perhatian ramai pelancong untuk ke situ.Namun ketika kami di situ,cuaca sangat panas dan menyebabkan kami bermandi peluh kerana kepanasan.Namun kami tetap gembira kerana pasar ini merupakan pasar yang paling unik pernah saya jumpa.
Selepas itu,kami pun pulang ke hotel kerana kami sudah kepenatan berjalan hampir separuh hari di luar.Setelah tiba di bilik kami,kami baring di atas katil lalu tido sehingga malam.Setelah malam tiba,kami sekeluarga bercadang untuk makan di tempat di mana ada festival makanan halal yang dijual di perkarangan pusat membeli-belah di sana.Terdapat banyak makanan yang dijual seperti pad thai,mee hoon tom yam,nasi goreng pattaya dan sebagainya.Makanan di Thailand sangatlah sedap berbanding dengan makanan di Malaysia bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri tersendiri" yang bermaksud walau bagaimanapun kelebihan yang ada di sesebuah negara itupun namun kelebihan di negara kita sendiri tetap kita dahulukan.
Pada keesokan hari iaitu hari terakhir kami sekeluarga di sana,kami sekeluarga bercadang untuk pergi membeli cenderahati untuk diberikan dan kami berharap mereka yang akan kami berikan cenderahati tidak akan bertimbang rasa tentang nilainya bak kata pepatah "asal ada kecilpun pada".Setelah kami selesai,kami menaiki teksi ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air kami iaitu Malaysia.Walaupun ini merupakan percutian yang memenatkan namun kami tetap gembira dan berpuas hati kerana banyak benda yang kami dapat tahu di negara Thailand.
Info dan gaya penulisan yang amat baik serta menarik. Gambar yg digunakan juga amatlah stylo.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan mempunyai maklumat yang berguna.Setelah membaca blog ini,saya tertarik untuk kesana.
ReplyDeleteWah,menariknya. Gambar dan penulisan blog sangat menarik.
ReplyDeleteWahh sungguh menarik perkongsian kamu !
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.
ReplyDeleteAyat amat gramatis dan dipenuhi info yang bermanfaat 🤩🤩🤩
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang
ReplyDeletewahhhh menarik sungguh perkongsian anda. Sudah tentu thailand banyak tarikannya yang tersendiri kan! Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini :)
ReplyDeletewah! penulisan yang sungguh menarik bahkan membuatkan saya ingin ke sana juga😍Gambar dan penulisan juga sangat terperinci.
ReplyDeleteWah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.
ReplyDeleteWah! Sangat menarik blog anda. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteBlog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.
ReplyDeleteWah menakjubkan !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.
ReplyDeleteWah!!menariknya blog yang anda hasilkan!!..Penggunaan bahasa juga mudah untuk difahami��������..
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Teruskan mencipta blog pada masa akan datang
ReplyDeleteBlog yang membuat saya minat untuk baca
ReplyDeleteBlog yang bagus!Syabas!Saya amat teruja ketika membaca blog anda kerana penulisannya yang menarik dan terperinci.
ReplyDeleteIdea yang menarik. Saya berasa teruja membaca blog anda. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteWah,seronoknya !. Setelah membaca perlu anda ini saya berasa tertarik untuk pergi ke sana. Ditambah lagi dengan keterujaan untuk menjejakkan kaki di Floating Market. Terima kasih!😉
ReplyDeleteSaya berasa sungguh teruja apabila membaca blog saudara. Perkongsian pengalaman bercuti bersama keluarga saudara sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian anda. Saya berharap saya dapat menjejaki kaki ke sana suatu hari nanti :D
ReplyDeleteBlog yang sangat berguna untuk pembaca yang ingin melancong ke sana.Penerangan yang jelas dan mudah difahami oleh pembaca.Terima kasih atas perkongsian anda yang menarik!
ReplyDeleteMenurut pandangan saya, blog ini sangat menarik kerana dihiasi dengan gambar-gambar yang cantik-cantik belaka.Maklumat yang disampaikan juga sangat terperinci.Syabas!Teruskan membuat blog seperti ini lagi :)
ReplyDeleteBlog saudara sangat menarik dan isi yang disampaikan juga mudah untuk difahami.Gambar-gambar yang ditunjukkan juga cantik dan terperinci.Saya sangat teruja membaca blog saudara.Saya juga harap saya dan keluarga akan ke sana satu hari nanti.Terima kasih atas perkongsian saudara:)
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik ! Saya berharap satu hari nanti saya juga dapat bercuti di sana.
ReplyDeletePercutian yang menarik! Gambar yang kamu kongsikan sangat cantik. Saya harap saja dapat ke sana satu hari nanti.
ReplyDeleteWah,seronoknya !. Setelah membaca perlu anda ini saya berasa tertarik untuk pergi ke sana. Ditambah lagi dengan keterujaan untuk menjejakkan kaki di Floating Market.
ReplyDeleteBlog anda sungguh menarik kerana mengandungi ayat gramatis dan blog yang kreatif. Makanan di sana kelihatan sungguh enak! Terima kasih atas perkongsian yang menakjubkan!
ReplyDeleteSaya amat teruja membaca blog anda kerana mempunyai jalan cerita yang menarik dan ayat gramatis. Terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeleteEwah! Menarik sungguh perkongsian blog kamu ye mian. Saya begitu tertarik sekali dengan tempat yang kamu kunjungi.
ReplyDeleteSeronoknya saudara Damian kunjungi ke Bangkok, Thailand. Saya sudah lama ingin pergi ke sana. Terima kasih di atas perkongsian ini.
ReplyDeleteewah ewah ! Damian nii , cara penulisan yang menarik yaaaa !! saya amat tertarik untuk pergi ke sanaaaa
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah! sungguh menarik dan kreatif penulisan blog ini. Pengisian yang berguna untuk pembaca yang ingin berkunjung ke sana.
ReplyDeleteBlog yang menarik ✨💫 Saya amat teruja ketika membaca blog anda kerana penulisannya yang menarik dan terperinci💅🏼💅🏼
ReplyDeletewahhhh. percutian kamu sangat menarik dan membuatkan saya ingin pergi ke sana bersama keluar pada satu hari nanti.
ReplyDeleteBlog anda amatlah ringkas tapi pada masa yang sama padat dengan informasi. Ia membuatkan saya teruja untuk membacanya.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik.Cara penulisan yang terperinci dan mudah difahami sangat membantu pembaca yang ingin melancong ke sana.Terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeleteCara anda menyampaikan maklumat sangat menarik dan cara penulisan sangat mudah difahami serta sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.
ReplyDeleteMenarik dan juga berwarna-warni blog anda! Sungguh bermanfaat yang awak telah kongsikan di blog ini. Terima kasih!
ReplyDeleteWah seronokya dapat bercuti di tempat-tempat yang banyak tarikan pelancong . Teringin sekali saya ingin ke sana . Tetapi jika ada gambar bersama keluarga semasa percutian tentu blog ini lebih menarik dan tertarik .
ReplyDeleteWah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.
ReplyDelete