Thursday, 21 May 2020

BLOG MUHAMMAD DAMIAN


       Pada 24 Disember yang lalu,saya dan keluarga saya bercadang untuk pergi bercuti di suatu tempat yang menarik perhatian kami iaitu Bangkok di negara Thailand.

Percutian kami di sana mengambil masa selama 3 hari 2 malam bermula daripada 24 Disember hingga 27 Disember.Tujuan kami bercuti adalah untuk menyiapkan kerja sekolah saya yang tertangguh sebelum ini.

Baiklah,kami mula bertolak dari rumah ke lapangan terbang menaiki teksi dan terdapat banyak beg yang kami bawa.Setelah tiba di lapangan terbang,saya terus mengambil troli yang disediakan oleh pihak lapangan terbang ke teksi kami kerana kami tidak boleh membawa semua beg kami dengan sendiri.Selepas itu,kami pergi ke kaunter meletakkan bagasi yang besar kerana beg yang dibenarkan masuk ke dalam pesawat tidak boleh melebihi 7kg dan saiz beg itu juga tidak boleh terlalu besar.

Setelah kami selesai,kami pun meneruskan proses untuk memasuki ke dalam pesawat kami dan pesawat yang kami naiki adalah AirAsia.Suasana di lapangan terbang sangatlah sesak dan riuh-rendah dengan banyaknya orang yang seperti kami yang ingin pergi melancong.Setelah beberapa jam,kami memasuki ke dalam pesawat kami dan pesawat itu sudah mula ingin berlepas.Perjalanan dari Malaysia ke Thailand memakan masa selama 2 jam dan ini merupakan perjalanan yang tidak kurangnya jauh.Kami sekeluarga sangat penat jadi kami sekeluarga tido di dalam pesawat kerana berasa terlalu penat.


Setelah 2 jam berlalu,kami pun tiba di bumi Thailand iaitu di Lapangan Terbang mereka Suvarnabhumi airport.

Kemudian,kami menaiki teksi untuk ke hotel kami iaitu Bangkok City Hotel.Antara yang menarik di sini adalah hotel ini terletak di kawasan yang mana mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai.Suasana di negara ini sangatlah sesak hinggakan setiap lebuhraya mereka dipenuhi dengan kenderaan yang ingin ke pusat bandar.

Setelah kami tiba di hotel,kami terus meletakkan barang-barang kami di bilik kami lalu kami terus ke restoran halal yang terdapat di kawasan berhampiran.Kami berasa begitu lapar sekali kerana ini merupakan perjalanan yang sangat meletihkan.

Selepas selsai kami makan di restoran berdekatan,ayah saya bercadang untuk melawati di sebuah masjid yang berdekatan dengan restoran yang kami makan tadi.Masjid yang kami lawati itu sangatlah cantik namun kawasan masjid itu dibina sedikit ke dalam dan ini menyebabkan masjid itu sukar untuk dilihat.

Setelah selesai kami melawat masjid itu,kami pun pulang ke hotel kami untuk berehat kerana kami begitu penat sekali.Pada keesokannya,kami bercadang untuk ke pasar pagi ataupun dikenali sebagai pasar Sripachan.Terdapat banyak barang yang dijual di sini seperti kasut,baju,cenderahati dan sebagainya.Kami sangat rambang mata kerana kami ingin membeli semua yang ada di situ.

Selepas itu,kami pergi juga ke pasar yang sangat terkenal di Thailand iaitu "Floating Market" di mana pasar ini menjual barang-barang hanya di atas sampan atau bot dan ini sangat menarik perhatian ramai pelancong untuk ke situ.Namun ketika kami di situ,cuaca sangat panas dan menyebabkan kami bermandi peluh kerana kepanasan.Namun kami tetap gembira kerana pasar ini merupakan pasar yang paling unik pernah saya jumpa.



Selepas itu,kami pun pulang ke hotel kerana kami sudah kepenatan berjalan hampir separuh hari di luar.Setelah tiba di bilik kami,kami baring di atas katil lalu tido sehingga malam.Setelah malam tiba,kami sekeluarga bercadang untuk makan di tempat di mana ada festival makanan halal yang dijual di perkarangan pusat membeli-belah di sana.Terdapat banyak makanan yang dijual seperti pad thai,mee hoon tom yam,nasi goreng pattaya dan sebagainya.Makanan di Thailand sangatlah sedap berbanding dengan makanan di Malaysia bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri tersendiri" yang bermaksud walau bagaimanapun kelebihan yang ada di sesebuah negara itupun namun kelebihan di negara kita sendiri tetap kita dahulukan.


Pada keesokan hari iaitu hari terakhir kami sekeluarga di sana,kami sekeluarga bercadang untuk pergi membeli cenderahati untuk diberikan dan kami berharap mereka yang akan kami berikan cenderahati tidak akan bertimbang rasa tentang nilainya bak kata pepatah "asal ada kecilpun pada".Setelah kami selesai,kami menaiki teksi ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air kami iaitu Malaysia.Walaupun ini merupakan percutian yang memenatkan namun kami tetap gembira dan berpuas hati kerana banyak benda yang kami dapat tahu di negara Thailand.